Tahap Pengetahuan Guru Bahasa Arab dalam Melaksanakan Kelas Berbalik (The Level of Knowledge of Arabic Languange Teachers in Implementing Flipped Classroom)
Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini bukanlah sesuatu yang asing lagi, bahkan
penggunaanya sangat digalakkan bagi meningkat keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran, khususnya melalui kaedah Kelas Berbalik. Kelas Berbalik adalah suatu bentuk
pengajaran yang menggunakan teknologi dan berpusatkan pelajar. Kajian lepas menunjukkan
bahawa kaedah Kelas Berbalik banyak memberi kesan positif dalam meningkatkan minat pelajar
terhadap pembelajaran. Walaubagaimanapun, kajian lepas menunjukkan kebanyakkan gurubahasa Arab masih lagi menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka menyebabkan
suasana pembelajaran menjadi pasif dan membosankan. Justeru, artikel ini bertujuan
membincangkan pengetahuan yang perlu dikuasai pada guru bahasa Arab dalam melaksanakan
Kelas Berbalik bagi memastikan proses pengajaran lebih berkesan dan mampu menarik minat
pelajar.
Kata kunci: Teknologi, Kelas Berbalik, bahasa Arab, pengetahuan